Friday, February 1, 2013

SEJARAH PENUBUHAN

SEJARAH PENUBUHAN BAHAGIAN BUKU TEKS

Bahagian Buku Teks (BBT) mula ditubuhkan sebagai satu unit di Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pelajaran (EPRD), Kementerian Pelajaran pada 15 Mei 1967. Pada ketika itu fungsi unit ini ialah mengawal dan menentukan semua sekolah di Malaysia Barat mematuhi peraturan Kementerian Pelajaran mengenai pembelian, penjualan, dan penggunaan buku teks.

Sejarah perkembangan BBT adalah seperti berikut:


1969Diletakkan di Bahagian Sekolah
1971Pengurusan dikembalikan kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pelajaran
1972Dikenali sebagai Biro Buku Teks dan beroperasi sebagai organisasi tersendiri yang bertanggungjawab kepada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
1975Pelaksanaan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
1983Pelaksanaan SPBT ke Sekolah Menengah Agama
1988Nama Biro Buku Teks ditukar kepada Bahagian Buku Teks seperti yang dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan (EPC) Bil. 102 bertarikh 15 Julai 1988
2002Bahagian ini telah distruktur semula daripada 3 sektor kepada 7 sektor selaras dengan penambahan fungsi di bawah Jabatan Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia



PENGARAH BAHAGIAN BUKU TEKS (1977 - SEKARANG)


Dr Hanafi b. Mohamad Kamal
( 8.5.1975 - 30.9.1977)
Encik Hashim b. Mydin
(1.10.1977 - 15.6.1985)
Encik Hussein b. Awang Besar
(16.8.1985 - 1.3.1989)
YBhg. Dato' Dr Abdul Shukor b. Abdullah
(1.3.1989 - 1.3.1991)
Tuan Haji Abdullah b. Bakri
(1.3.1991 - 1.6.1993)
Tuan Haji Nordin b. Awang Mat
(1.6.1993 - 1.6.1997)
YBhg. Datuk Haji Abdul Raof b. Hussein
(1.6.1997- 1.2.1999)
Tuan Haji Senan b. Ibrahim
(1.2.1999 - 1.6.2001)
Encik Ismail Sajad b. Sajad
(1.6.2001 - 28.8.2001)
YBhg. Dato' Sahban b. Muksan
(1.9.2001 - 22.6.2004)
Tuan Haji Ab. Rasid bin Haji Yaakop
(1.7.2004 - 27.12.2006)
Tuan Haji Mt. Husin bin Derani
(28.12.2006 - 28.2.2007)
YBhg. Dato' Haji Ab. Hamid bin Md. Shah
(1.3.2007 - 29.2.2008)
Tuan Haji Mohd. Adenan bin Deraman
(1.3.2008 - 12.6.2008)
Dr Haji Zahri bin Aziz
(12.6.2008 - 16.10.2008)
YBhg. Datin Dr Siti Zaleha binti Abdullah Sani
(16.10.2008 - 16.4.2009)
Tuan Haji Mohd Adenan bin Deraman
(16.4.2009 - 1.2.2010)
Encik Jame Alip
(1.2.2010 - Sekarang)

No comments:

Post a Comment