Thursday, February 21, 2013

PERATURAN PINJAMAN BUKU TEKS


Adalah dengan hormatnya dimaklumkan bahawa pelajar mestilah mematuhi syarat-syarat peraturan pinjaman yang telah ditetapkan oleh Unit SPBT sekolah sebagaimana berikut :

  • Menulis nama di ruang yang disediakan pada setiap buku.
  • Membalut buku dengan pembalut plastic.Stapler, double-sided, binding tape adalah dilarang sama sekali.
  • Tidak meninggalkan buku di merata-rata tempat dan di bilik darjah sewaktu lepas sekolah atau cuti persekolahan.
  • Membawa buku ke sekolah sewaktu mata pelajaran berkenaan dijalankan.
  • Tidak memberi pinjam kepada pelajar lain.
  • Memastikan buku sentiasa berada di dalam keadaan baik dan selamat.
  • Mengganti balik buku-buku yang hilang dengan harga buku teks
  • Menghantar buku tepat pada tarikh yang ditetapkan.
  • Lain-lain yang ditetapkan kemudian.
Dimaklumkan juga bahawa mana-mana  pelajar yang tidak membalut buku teks dan meninggalkan buku teks mereka di dalam meja/ laci, pihak sekolah berhak untuk merampas dan mengambil tindakan. Pelajar yang berkenaan akan diambil tindakan seperti berikut:
  • Pelajar diberi amaran.
  • Pelajar dikehendaki membayar denda RM 1.00 (Satu Ringgit sahaja) untuk setiap buku teks yang dirampas. Sekiranya buku teks tersebut tidak berbalut, pelajar dikehendaki membayar denda tambahan sebanyak RM 0.50 (Lima puluh sen sahaja) untuk setiap buku yang tidak dibalut dan bayaran denda lain yang telah ditetapkan oleh Unit SPBT.
  • Sekiranya pelajar tidak menuntut buku-buku tersebut, pada akhir tahun nanti pelajar dikehendaki membayar harga bagi setiap buku yang dirampas.
  • Pelajar juga hendaklah memastikan buku teks yang diperolehi dibawa mengikut jadual bagi setiap matapelajaran. Sekiranya didapati pelajar tidak membawa buku teks semasa waktu pembelajaran bagi matapelajaran tertentu, pihak sekolah juga berhak mengambil kembali buku teks yang telah dibekalkan.
    Pihak SPBT juga telah menurunkan kuasa kepada semua guru matapelajaran/ guru tingkatan untuk mengenakan denda sebanyak RM 0.50 bagi  kesalahan tidak membalut atau tidak membawa buku teks semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dan kutipan denda tersebut boleh digunakan untuk duit tabung kelas yang terlibat. Ini bertujuan untuk mengekang masalah tidak membawa buku teks ke sekolah.
    Bagi buku teks yang dirampas:
  • Pelajar mestilah berurusan secara terus dengan Guru SPBT untuk mendapatkan semula buku tersebut. Pelajar juga tertakluk kepada peraturan yang dikeluarkan oleh unit SPBT sekolah.
  • Tempoh tuntutan barang rampasan hanya 2 minggu sahaja .



KERJASAMA DAN KEPRIHATINAN SEMUA PIHAK AMATLAH DIHARGAI.
“ PENJAGAAN DAN KESELAMATAN BUKU TEKS TANGGUNGJAWAB BERSAMA”

4 comments:

  1. salam sejatera dan salam satu malaysia

    sekiranya pelajar sekolah rendah menhilangkan buku teks apekah tindakkan nya

    ReplyDelete
  2. * Adakah anda memerlukan pinjaman segera?
    * Pembayaran balik bulanan bermula dalam tempoh 8 bulan selepas anda telah mengumpul pinjaman dalam akaun bank anda.
    * Kadar faedah yang rendah 2%
    * Bayaran balik jangka panjang (1-30 tahun) tempoh.
    * Syarat-syarat pinjaman yang fleksibel dan bayaran bulanan.
    * Berapa lama masa yang diambil untuk membiayai? Selepas menghantar permohonan pinjaman
    Anda boleh mengharapkan jawapan yang awal kurang daripada 24 jam, dan ***.
    *** Pembiayaan dalam 72-96 jam selepas menerima maklumat yang kami perlukan.
    dari awak
     
    Hubungi kami sekarang
    E-mel: trustloan87@gmail.com

     
    BEST REGARD,
    Mr.Anthony Dave.
    Trust Loan Company
    Email trustloan87@gmail.com

    ReplyDelete
  3. * Adakah anda memerlukan pinjaman segera?
    * Pembayaran balik bulanan bermula dalam tempoh 8 bulan selepas anda telah mengumpul pinjaman dalam akaun bank anda.
    * Kadar faedah yang rendah 2%
    * Bayaran balik jangka panjang (1-30 tahun) tempoh.
    * Syarat-syarat pinjaman yang fleksibel dan bayaran bulanan.
    * Berapa lama masa yang diambil untuk membiayai? Selepas menghantar permohonan pinjaman
    Anda boleh mengharapkan jawapan yang awal kurang daripada 24 jam, dan ***.
    *** Pembiayaan dalam 72-96 jam selepas menerima maklumat yang kami perlukan.
    dari awak
     
    Hubungi kami sekarang
    E-mel: fastcashfirm@gmail.com

     
    BERHUBUNG TERBAIK,
    Mr.Anthony Smith.
    Fast Cash Syarikat
    e-mel fastcashfirm@gmail.com

    ReplyDelete