Friday, February 1, 2013

KOMPONEN BUKU TEKS KBSM

PENGENALAN

Pakej buku teks bagi mata pelajaran-mata pelajaran di sekolah menengah mengandungi komponen seperti berikut:

  • Buku teks
  • Buku Panduan Guru
  • CD-ROM Guru
  • CD-ROM Murid / MyCD
  • Buku Amali Sains
  • Modul

Fungsi komponen-komponen pakej adalah seperti berikut:

KOMPONEN
FUNGSI
Buku Teks/Modul
-
Menjelmakan perkara utama yang diperlukan oleh Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran
-
Menyediakan maklumat tentang pengetahuan sama ada dalam bentuk konsep idea, fakta generalisasi dan prinsip untuk murid.
-
Menyediakan Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif (KBKK)/Kemahiran Berfikir dan Strategi Berfikir(KBSB) yang perlu dikuasai oleh murid.
-
Menerapkan nilai murni dan sikap yang perlu dipupuk, dihayati dan dapat diamalkan oleh murid.
Buku Amali Sains
-
Membimbing murid menjalankan amali Sains dan melatih diri mendokumentasikan setiap amali yang dijalankan.
CD-ROM
-
Sebagai bahan sokongan kepada buku teks.
-
Mengukuhkan pemahaman murid tentang tajuk-tajuk tertentu yang dipelajari dalam buku teks.
Buku Panduan Guru
-
Membantu guru merancang dan menjalankan pengajaran serta menggunakan buku teks dengan berkesan.


** Setiap komponen dalam pakej buku teks menyokong dan melengkapi antara satu sama lain untuk mencapai objektif pembelajaran murid-murid.

No comments:

Post a Comment